Membendung Inflasi Dengan Emas

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pengunjung sekalian.
Saya terpanggil untuk menulis tentang inflasi selepas membaca berita yang mengatakan inflasi naik 2% pada bulan lepas iaitu Oktober.Untuk rujukan anda boleh layari berita tersebut di sini . Secara ringkasnya inflasi ialah kenaikan harga barang ,servis dan kos hidup.Bagi yang ingin tahu takrifan inflasi boleh rujuk Wikipedia.

Inflasi sememangnya tidak dapat dielakkan, dan kenaikan harga barang tetap akan berlaku. Secara purata, inflasi di negara kita adalah sebanyak 4% setahun bermakna duit anda MENGECIL atau SUSUT sebanyak 4% setahun. Sebagai contoh : Cuba anda bandingkan harga seekor ayam yang telah siap di proses pada 5 tahun lepas. Tentu jauh lebih murah dari harga sekarang. Cuba rujuk pula harga bagi barang keperluan asas yang lain, sudah pasti harganya semakin meningkat. Kalau tak silap saya pada tahun 1995, semangkuk mee sup hanya RM1.20 sahaja. Sekarang mencecah RM3 hingga RM4

Cuba anda bayangkan kalau simpanan untuk masa depan anda susut 4% setiap tahun. Apa tindakan anda untuk membendung inflasi?

Tunggu sambungan artikel ini.

TAGS: , ,

0 Comments



You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment